Friday, 14 December 2012

PERADUAN RIANG RIA

ATTIRE MADNESS???

  • Gedung online para gadis berstyle!!!
  • Koleksi terbaru yang menarik dan popular ditawarkan...
  • Koleksi yang terhangat dipopularkan...
  • Design mengikut peredaran masa yang menarik dan unik sekali...
  • Kualiti yang terbaik untuk semua koleksi...
  • Harga yang berpatutan. Sangat berkemampuan untuk para gadis remaja....

Ayuh , jom Shopping di ATTIRE MADNESS sekarang!!!Gadis akan tampil ANGGUN dan JELITAWAN...

Pelbagai koleksi menarik menanti anda.  Koleksi yang menarik di Attire Madness mampu tampilkan anda dengan dunia fesyen terkini. Malah teserlah keayuan gadis yang memakainya...


KAWAN2!! Jom shopping di Attire Madness, Pelbagai koleksi terbaru dan sudah semestinya menarik terdapat disini, kualiti yang hebat serta harga yang sgt berpatutan!! Ramai customer yg sgt berpuas hati dengan koleksi2 yg dibeli darI Attire Madness kerana koleksinya yang UP-TO DATE, COLOURFUL, TRENDY, GORGEOUS, SWEET & EXCLUSIVE, sgt sesuai untuk MUSLIMAH masa kini, dan yg pastinya ramai yg akan terpesona bila melihat anda menggayakan koleksi dari Attire Madness!!!

utk wanita2 yg gemarkan peplum yg cantik
#Attire Madness sesuai digayakan ke mana2 majlis/ wedding/ tunang/ photoshoot /pejabat ,material yg sgt berkualiti.....
-sesuai dipakai tak kire mude/tua,
yg pastinye sgt IN-TREND skrg
-SGT CANTIK bila diGAYAKAN
- lagi khelasssss

TERDAPAT PELBAGAI PILIHAN DI Attire Madness, HANYA YG TERBAIK BUAT ANDA.. APA TUNGGU LAGI??? JOM DAPATKAN KOLEKSI2 Attire Madness, STOCK SGT LARIS DAN T'HANGAT DIPASARAN..



( Klik pada gambar untuk lihat )



( Klik pada gambar untuk lihat )


                                                     ( Klik pada gambar untuk lihat )

                                  So apa tunggu lagi???

Kunjungi  di Fanpage Attire Madness Sekarang!!
http://www.facebook.com/AttireMadness?fref=ts

Friday, 7 December 2012

Hadiah Bernilai RM120 untuk 50 Blog yg Pertama


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Peraduan ni hanya tiga hari sahaja 7/12/2012 sehingga 9/12/2012. 
Pemenang akan diumukan pada 10/12/2012 pada 9 Pagi.

Sunday, 30 September 2012

Kesan operation scoliosis

*assalamualaikum kembali , daripada pembacaan sy(yg x bnyk mner..huhu..tp nk kongsi jgk..hehehe),;) scoliosis doesn't go away...bila sj 'curving' bermula,tlg blkg akan continue membengkok sehingga lh org 2 sampai ke usia di mana skeletal dia dikatakn dh stops growing(sy x brp psti usia brp,dulu ade bc tp x brp ingt...klau x slap dlm 16-18 taun g2,tp ade 2 yg sy bc umo 14taun dh stops growing!-terkjut gak,tp mgkin sy terslp kot..huhu)*duh*...dan kadar pembengkokan ni plg cpt berlaku ketika usia remaja,sbb 2 kebanyakkan kes scoliosis ni banyk dikesan pd usia ni,masa awl2 x ketara sgt. bila dh smpai thp ni,klau curve 2 below ~40/~45 degree g2,then KEMUNGKINAN nye curve dia xkan bertambah teruk & stops kt c2 je.. tp klau curve dia da lbih ~45 degree 2..sad to say,spine dia akan terus membengkok membengkok dan membengkok..the only option then is surgery. Bila degree of curvature da severe sgt,mmg PERLU utk operate..sbb 6t akan menjejaskan lung & jantung..sebabnye rotation of the spine akan menyebabkan rib memberi tekanan ke atas paru2 & jantung. (rotation kt cni lain mksudnye dgn side to side curving yer,xreti nk terang,try google) psl surgery plk,mmm...scoliosis surgery adalah satu procedure pembedahan yg rumit,doktor akan bt incision kat belakang badan(ade 2 yg bt kt sblh tepi bdn,tp xtau sgt yg ni,klau x slap ade kaitn ngn nak kurangkan saiz parut)....bergantung kpd kt mane ltk curve 2..then doktor akan fuse/cantumkn tulang,masukkan metal rod utk kekalkan tulang dlm keadaan stret..jd akhirnye dpt la kite spine yg stret..*insyaAllah klau sumer bjalan lancar. lepas pembedahan maybe kna duduk kt spital dlm seminggu,lps 2 bleh blk umah..tp aktiviti still restricted utk beberapa bulan yg awal..ye lah msti skit blkg kite 2 ble dh kna belah,tissue blkg kite 2 pn nk kna sembuh dlu,nk duduk pn x bleh lm2,pendek kate kna byk berehat lh & bt bende satu persatu...pastu X BLEH membongkok(ha,yg ni pnting kna jg klau bru lps operate).. *hmm* dan satu lg perkara yg interesting nyer lps surgery ni...kite akan jd lebih TINGGI!!hehehe,terkejut x??*grindance* klau bab risiko plk,mcm yg Dr khairol da ckp td..sumer jenis pembedahan ader risikonyer.. apatah lg pembedahan scoliosis ni membabitkan tulang blkg.. tapi,pembedahan scoliosis ni mmg kebanyakn nyer berjaya,sy pn x pernah bc ade org lumpuh lps bt pmbedahan gni,tp waallahualam,bende ms depan kite x dpt nk predict,ape2 pn bleh terjadi..tp apepun stay positive!*cloud9* klau kt oversea diorg dh biase bt pmbedahan mcm ni...klau curve diorg dh lbih ~40 degree je,konpem doktor akan rekomen surgery(stkt yg sy bc kt forum yg sy sllu pegi 2 la ek),then bincang ape2 yg ptut pastu go on dgn operation..*pray* ni jelah rasenyer yg sy dpt tulis, klau lg pnjg nmpk lg borin ade lh..haha..klau sy sdiri pn x lalu nk bc mende pnjg2 gni..hahaha..sory la ek korang klau post ni membosankan ker. sekadar nk berkongsi... klau salah tolong lh perbetulkn ye,sy bdk bru blja..*2thumbsup*

Pengertian Dari Scoliosis

Scoliosis adalah kondisi dimana kurva tulang punggung membengkok ke kiri ataupun ke kanan, dan biasa disebut dengan tipe "S" atau tipe "C". Area tulang belakang yang sering membengkok terjadi pada area toracic dan lumbal. Scoliosis bisa terjadi karena congenital yang dibawa dari semenjak dilahirkan oleh ibu kita atau idiopatic tidak diketahui penyebabnya atau berkembang dari waktu kewaktu oleh karena kondisi tertentu seperti cerebral palsy atau muscular dystrophy. Idiopathic scoliosis bisa juga terjadi karena ketidak seimbangan otot yang disebabkan karena adanya truma fisik oleh karena kecelakaan ataupun sebagai akibat kebiasaan yang tidak bagus yang memungkinkan otot-otot daerah punggung yang kanan lebih dominan daripada yang kira ataupun sebaliknya. Misalkan saja anak-anak dapat terkena scoliosi karena selalu mengangkat tas yang berat hanya pada satu sisi bahu saja.
Tanda-Tanda Penderita Scoliosis Atau Tulang Punggung Tidak Normal - Salah satu bahu terlihat tingi dari pada bahu yang lain - Scapula akan terlihat lebih menonjol daripada scapula yang lain (thoracic scoliosis) - Jika diukur maka kepala tidak akan sejajar pada garis tengah pelvis - Baju akan terlihat tidak menggantung sempurna pada tubuh - Nyeri punggung (tidak selalu menyebabkan nyeri punggung) - Pada x-ray akan terlihat pembengkokak kurve tulang belakang terutama area toracic dan area lumbal.
Penanganan Untuk Scoliosis Cara menangani Scoliosis berbeda dari orang satu ke orang lain tergantung dari sisi pembengkokan tulang dan usia pasien scoliosis. Fisioterapi dapat menggunakan brace untuk memperbaiki postur dari pasien, pemakaian brace ini disesuaikan dengan kondisi pasien maksudnya ada tidaknya kelainan yang terjadi pada punggung pasien. Seperti misalkan pasien dengan spinal fusion injury untuk mencegah nyeri punggung dan kerusakan paru dan jantung pasien harus menggunakan brace 23 jam perharinya. Sementara Brace dapat digunakan dibawah pakain yang kita kenakan. Penguatan dan penguluran otot-otot punggung dapat ditawarkan fisioterapi untuk memperbaiki kurva yang bengkok pada tulang punggung terutama yang disebabkan oleh ketidak seimbangan otot. Edukasi tentang bagaimana cara mengangkat sesuatu yang berat pada bahu agar seimbang dan olahraga-olahraga yang harus dihindari agar tidak memperparah scoliosis.

types and causes

types and causes Penyebab scoliosis diklasifikasikan kepada 3 kumpulan mengikut jenis scoliosis itu sendiri: Idiopathic Scoliosis: Merupakan jenis scoliosis yang paling umum yang merujuk kepada ‘penyebab yang tidak diketahui’. Lebih 80% dari kes scoliosis adalah idiopathic dan lebih 80% dari kes-kes tersebut melibatkan ‘adolescent’ yang mana lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki. Idiopathic scoliosis dipecahkan kepada 4 kategori: ·Infantile idiopathic scoliosis (0-3 tahun) ·Juvenile idiopathic scoliosis (3-9 tahun) ·Adolescent idiopathic scoliosis (10-18 tahun). ·Adult idiopathic scoliosis merujuk kepada pesakit yang telah mencapai usia pertumbuhan lengkap – boleh juga merujuk kepada pesakit dari tiga kumpulan di atas yang telah menginjak usia dewasa. Congenital Scoliosis: Berpunca dari pertumbuhan tidak normal yang berlaku ketika peringkat awal kehamilan iaitu pada 3 hingga 6 minggu pertama Neuromuscular Scoliosis: Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperticerebral palsy, spina bifida, atau pun muscular dystrophy mempunyai risiko untuk mendapat scoliosis kerana mereka mempunyai otot yang lemah yang akan menyebabkan tulang belakang mengalami tekanan yang tidak sama, lalu mungkin akan membengkok menbentuk huruf ‘C’. Adult or Degenerative Scoliosis: Scoliosis yang tidak dikesan & dirawat diperingkat awal usia. Juga merujuk kepada kes scoliosis yang telah dirawat melalui implant, tetapi berulang kembali.Osteoporosis, disc degeneration, a spinal compression fracture juga boleh menyumbang kepada kewujudan scoliosis di usia dewasa.

Lumrah kehidupan..

Sebenarnya saya tak terlintas pun difikiran nak menulis blog ni.Idea ni tiba2 je terlintas di fikiran saat hati dilanda kesedihan.Mungkin di luar sana ramai yang mengalami nasib yang sama seperti saya.Nasib yang kadang2 membuatkan kita sukar untuk membuat pilihan dalam hidup.Antara dua pilihan yang teramat sukar dipilih. Semuanya bermula ketika umur saya 18 tahun.Saat itu saya merasakan ada sedikit kelainan pada tulang belakang saya.Oleh itu saya informkan kepada ibu saya.Biasalah orang kampung sedikit susah nak percaya benda2 macam ni.Jadi saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Ketika umur saya 18 tahun tulang belakang saya menjadi makin tidak normal.Tetapi sya membiarkan sahaj perkara itu.Difikiran saya ianya mungkin perkara normal bagi remaja yang baru melalui zaman period.So..saya membiarkan perkara itu berlanjutan.Selepas tamat pengajian sekolah menengah saya memasuki alam pengajian tinggi.Ketika itulah sya baru menyedari sya menghidapi penyakit scoliosis.Sebelum memasuki alam pengajian tinggi saya perlu membawa medical check-up.Ketika itulah keputusan x-rays keluar dan ketika itu juga doktor memaklumkan ketidak normalan pada ujian x-rays saya.Doktor meminta saya menyelak baju belakang saya untuk melihat keadaan badan belakang sya.Ketika itu doktor menyatakan saya menghidapi penyakit scoliosis.Doktor menyarankan sya berjumpa pakar orthopedik.Alangkah sedihnya saya mendapat khabar berita itu.Ketika itu sedikit hilang semangat saya untuk melanjutkan pelajaran.Tetapi saya kumpul semula semangat saya yang telah hilang.Saya kembali kepada diri saya yang dulu seorang yang periang yang kuat semangat.Saya cuba menjadi diri saya yang dulu,tetapi saya cuma manusia biasa.Kadang2 perasaan putus asa itu kembali datang kepada diri saya.Siapa yang tidak sedih apabila dimaklumkan menghidapi scoliosis.Saya cuma manusia biasa,saya tidak lari dari perasaan sedih.Tetapi saya selalu mencuba untuk sentiasa berfikiran positif untuk terima sumenya dgn fikiran yang terbuka dan redha.Saya mulakan kehidupan seperti biasa seperti student2 lain.Tetapi yang membezakannya saya sedikit kurang aktif.Segala pergerakan harus dibataskan.Saya tidak boleh bergerak sangat.Saya tidak boleh berdiri lame,duduk lame.Segala-galanya membuatkan tulang belakang saya terara sakit dan menyekatkan pergerakan saya.Maka saya terpaksa mengurangkan aktiviti pergerakan tubuh badan.Pada pertegahan semester tulang belakang saya semakin teruk.Ketika itu saya dimasukkan ke hospital akibat tidak dapat berjalan,kerana terlampau sakit.Ketika itulah doktor menghubungi family.Ketika itu alangkah sayunya wajah mak dan ayah kala mendengar penjelasan doktor.Semua itu adalah lumrah kehidupan yang harus dilalui.Jalan cerita setiap orang semuanya berbeza begitu juga saya.Apa yang perlu ada dalam diri adalah ketabahan kekuatan dan keberanian.Memang cukup sukar untuk dilalui.Tetapi lagi sukar bila kita sentiasa menyesali.Aggaplah ianya sebagai ujian bagi menguji sejauh mane keimanan kita.Tidak salah untuk menangisi,tipulah kalau saya katakan saya tidak menangisi apa yang sedang terjadi kepada saya.Tetapi janganlah terlalu bersedih,ianya akan membuatkan hari2 yang akan datang cukup derita.Bagi saya ianya memang cukup teruji.Saya lalui dengan penuh senyuman tetapi dihati kadang2 tersirat ke pahitan.Selepas kejadian itu ayah dan mak berusaha untuk mengubati penyakit saya.Saya dibawa ke sana ke sini.Berubat cara kampung,berurut.Macam2 saya lalui.Biasalah orang kampung kurang mempercayai perubatan moden.Saya hanya mengikuti sahaja kehendak ayah.Sehingga satu hari itun saya meluahkan perasaan saya.Saya cukup terasa tidak tertanggung untuk menghadapi semua ini.Saat itu sungguh tergambar wajah saya yang sungguh sedih.Walaupun cukup sakit saya akan berusaha untuk membuatkan bibir saya mengukir senyuman. Setiap bulan saya perlu berulang alik ke hospital untuk berjumpa doktor pakar untuk menjalani rawatan susulan.Hurm..tidak ada perubahan yang menggembirakan.Nampaknya saya perlu lebih sabar menunggu.Keadaan saya ketika 18 tahun masih dalam keadaan stabil.Saya tidak dapat berada di tempat yang sesak,Ianya akan membuatkan saya terasa sesak nafas dan seakan nak pitam.Saya juga terasa sesak nafas ketika berjalan dan berlari.Saya juga tidak boleh tidur mengiring ianya akan menyebabkan saya terasa sesak nafas.Kadang2 exercise itu amat menyakitkan untuk tulang belakang saya.Segala kesakitan saya tempuhi dengan ketabahan.Pasti ada hikmah atas segala2 yang berlaku.Sekarang saya hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menjalani pembedahan.Moga2 pembedahan itu akan berjaya dan berjalan dengan lancar. Hurm..alhamdulillah walaupun sedih,tetapi bibir sya masih boleh mengukir senyuman buat semua insan yg tidak pernah jemu menjaga sya.Buat sahabat2 yg sgt setia.Bagaimana saya boleh membalas jasa kamu semua.Saya tidak memiliki apa2,selain kasih syang saya pda kamu semua.Cma saya mampu mendoakan kamu semua sahabat2.Kamu semua adalah insan yg sangat baik.Hati kamu sungguh murni.Kasihan kamu sering kali perlu menjaga saya.Maaf sahabat2 banyak menyushkan kalian.Hurm..di sini sya ingin menyatakan pada kalian.Bersyukurlah shabat2 ku.Kamu semua memiliki minda yg sgt bagus,memiliki wajah yg manis,tubuh yg normal.Maka kamu semua harus bersyukur apa adanya pda dri kalian.Lihat pda dri saya ini,saya tahu saya merupakn gadis cacat.Makanya saya minta jgn segannya teman2 bersahabat dgn saya.Saya bahagia bersahabat dgn kalian.Buat kalian jangan pernah sedih melihat keadaan diri saya ini.Disebalik diri saya ini masih ada sedikit kekuatan yang kalian pasti tidak mengerti..

Scoliosis??jangan dibiarkan...

Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani.

Komplikasi sekiranya tidak dirawat..

# Kerosakan paru-paru dan jantung. Ini boleh berlaku jika tulang belakang membengkok melebihi 70 darjah. Tulang rusuk akan menekan paru-paru dan jantung, menyebabkan pesakit sukar bernafas dan cepat penat. Malah, jantung juga akan mengalami kesukaran mengepam darah. Dalam keadaan ini, pesakit lebih mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru dan pneumonia. # Sakit tulang belakang. Semua pesakit, sama ada dewasa atau kanak-kanak, berisiko tinggi mengalami masalah sakit belakang kronik. Jika tidak dirawat, pesakit mungkin boleh menghidap masalah sakit sendi. Tulang belakang juga mengalami lebih banyak masalah apabila pesakit berumur 50 atau 60 tahun. # Masalah imej. Biasanya pesakit berasa rendah diri, malu dan kurang yakin untuk berdepan orang lain kerana badan mereka tidak seimbang, tinggi atau senget sebelah. # Kemurungan. Ini antara masalah psikologi yang paling dikhuatiri pakar perubatan. Pesakit akan lebih mudah mengalami kemurungan dan rasa sedih melampau.

info scoliosis

KOS Kos rawatan scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi beberapa rod, skru, plat & kabel, ditambah lagi ia adalah sejenis pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini. Kalau tidak silap saya, kos rawatan di hospital kerajaan adalah di antara RM 15,000-25,000 bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Pakar bedah tulang belakang akan menentukan jumlah skru berdasarkan bahagian tulang yang bengkok dan keseriusan bengkok tersebut,. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM 40,000 tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital. RISIKO PEMBEDAHAN Jangkawaktu satu-satu pembedahan scoliosis ialah antara 2 hingga 10 jam bergantung kepada keadaan kes. Sepertimana pembedahan lain, pembedahan scoliosis juga terdedah kepada risiko jangkitan, pendarahan & juga komplikasi anesthetic(bius). Selain itu, keadaan seperti wujudnya darah beku di paru-paru & kecederaan saraf tunjang juga boleh berlaku. Lebih berusia seseorang pesakit itu, maka lebih besar risiko yang perlu dihadapinya. Bagi seorang ‘adult scoliosis’, kemungkinan untuk mengalami jangkitan ataupun pneumonia adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang lebih muda. Meskipun begitu, risiko pembedahan scoliosis tidak terhad kepada risiko-risiko seperti di atas tetapi juga melibatkan keadaan yang mungkin memerlukan pembedahan ulangan seperti: · Pseudoarthrosis(percantuman tulang yang tidak sembuh sepeti yang sepatutnya) · Bengkok tidak berkurangan(bagi kes yang menggunakan Harrigton Rod Instrumentation) · Instrument (skru/plat) patah ataupun longgar. · Jangkitan dan/atau kesakitan pada graf tulang

Scoliosis

Sedar atau tidak,ramai di luar sana mengambil langkah berdiam diri dari mendapatkan rawatan atas dasar takut.Hurm..sama seperti saya dahulu.Tapi sekali perkara itu telah berlalu tidak mungkin dapat diputarkn kembali.Scoliosis merupakan penyakit tulang belakang bengkok sama ada berbentuk s atau pun c.Kebanyakkan pesakit menyedari mengenai ketidak normalan tubuh badan,tetapi kebanyakkannya mengambil langkah mudah dengan tidak mendapatkan rawatan lanjut. Mengikut pengalaman sendiri kebanyakkan pesakit scoliosis lebih menderita dari segi mental berbanding fizikal.Ini kerana kebanyakkan merasa terlampau rendah diri,murung,sedih,kecewa dan juga putus asa.Perkara ini memeng sering terjadi kepada pesakit scoliosis.Ini terjadi kerana ketidak normalan bentuk tubuh badan yang bengkok.Pesakit akan mengalami perubahan-perubahan dari bentuk normal kepada tidak normal seperti bahu sedikit tinggi berbanding bahu sebelah.